Recent Posts

Wednesday, October 31, 2012

Robot Yang Boleh Dikawal

         Suidobashi Heavy Industry, sebuah syarikat elektronik Jepun telah mencipta sebuah robot gergasi yang boleh dikawal atau mempunyai pilot. Robot yang berharga USD1.4 juta ada 30 sendi hidraulik yang membolehkannya dikawal melalui pergerakan pilotnya. Ketinggian Kurata ini ialah 13 kaki tinggi dan boleh juga dikawal melalui jaringan 3G melalui Iphone. Kurata juga dilangkapi gatling gun diisi dengan 6000 peluru BB! Silap-silap,lagi 5-6 tahun mesti diorang cipta Gundam pulak huhu..

*ppssstt : Kurata nie bukan dicipta untuk pergi berperang ye, Kurata nie lebih kurang macam permainan atau salah satu inovasi reka cipta yang dipamerkan di pameran Wonder Festival.

sumber : Majalah Gempak Edisi Bumper Lebaran & Merdeka 01 September 2012




Dari kiri : Wataru Yoshizaki (Pencipta Kurata), Anna (Pilot Kurata) dan Kogaro Kurata (Pencipta Kurata)

Kokpit Kurata





Apabila kucing jumpa air..huhu

Selalunya kita biasa tengok kucing kalo kena air je mesti dia lari tak cukup tanah bukan. Korang tengok video kat bawah nie. Kucing nie siap boleh mandi lagi tue, pelik-pelik huhu..


Necrophilia






        Necrophilia, yang juga dikenali sebagai Thanatophilia atau Necrolagnia adalah tarikan seksual kepada mayat. Perkataan Necrophilia berasal dari bahasa Greek, nekros yang bermaksud mati dan philia yang bermaksud cinta. Istilah ini digunakan oleh Joseph Guislain, seorang Alienist ataupun Psyhchiatrist dari Belgium yang memperkenalkannya pada tahun 1850. Mengikut kajian oleh Rosman dan Resnick (1989) berdasarkan 34 kes yang melibatkan necrophilia, mereka yang melakukannya didorong oleh kepuasan nafsu serakah yang melampau terhadap jasad yang tidak melawan, teman cinta sejati yang mati, tarikan kepada mayat (sakit mental), perasaan terlampau akibat disisihkan masyarakat ataupun mencari kepuasan nafsu dengan melepaskannya terhadap mangsa bunuh diri. 

       Necrophilia ini bukan sahaja berlaku terhadap manusia dengan manusia tetapi dalam sesetengah kes, necrophilia melibatkan manusia dengan haiwan dan haiwan dengan haiwan walaupun berlainan spesis.




Tuesday, October 30, 2012

Thailand Maeklong Train Market


        

          Setiap negara ada kelebihan dan keunikan yang tersendiri tapi yang nie memang pelik. Seumur hidup aku nie kali pertama aku tengok ada orang buat pasar atas rel keretapi, nie menempah maut namanya. Tapi itu yang berlaku di Maeklong, Thailand, hal ini berlaku kerana di Thailand tanah mereka dah semakin padat dan susah nak cari ruang untuk memulakan perniagaan, penempatan dan yang sama waktu dengannya. Ini menunjukkan betapa susahnya nak cari rezeki tak kiralah di negara mana pun. Disebabkan Malaysia masih lagi mempunyai ruang untuk mencari rezeki yang halal, jadi gunakan kelebihan ini dengan sebaiknya.

Kalau la keretapi nie tercepat rasanya macam-macam benda berterabur huhuhu..

Green Screen di Hollywood

         Green Screen adalah salah satu teknik untuk mengasingkan background sesuatu video untuk dimanipulasi bersama video lain. Banyak software video editing yang boleh digunakan untuk edit green screen atau latar hijau dalam bahasa melayunya. Green Screen adalah latar dari kain fabrik yang berwarna hijau atau biru. Ini disebabkan sensor imej dalam video camera digital sensitif dengan warna tersebut terutamanya warna hijau. Istilah lain bagi teknik editing ini ialah Chroma Key.

        Video nie dah membuktikan betapa hebatya teknik diorang hinggakan dalam kaca tv diorang telah membuatkan kita semua tertipu. Video nie merupakan showreel pada tahun 2009 dan 2012 dan teknik diorang bertambah-tambah hebat dan powerr. Korang boleh bandingkan video kat bawah nie dan nilai sendiri ok. Lagi satu, sebenarnya hardware dan software diorang bernilai lebih $10,000 jadi bagi diorang untuk menghasilkan kesan khas seperti dalam video dibawah bukan lah sesuatu yang sukar. Korang tengok la sendiri ye :).
                                                                     
                                                                  2009 ShowReel



                                           
                                                        2012 Visual ShowReel


Kiut


Comey betul budak nie. Dia takut dengan doktor sebab nak cucuk dia. Macam muka Shin Chan pon ada haha..

Monday, October 29, 2012

Suami Saman Isteri Sebab Hodoh??


       

                                     (Wajah isteri Jian Feng sebelum dan selepas pembedahan plastik)

          Haa nie lagi satu cerita pelik. Seorang lelaki dari negara China menyaman isterinya kerana mempunyai wajah yang hodoh dan yang bertambah peliknya pihak mahkamah bersetuju siap bagi pampasan lagi tue. Cerita dia macam nie, awal tahun ini, Jian Feng dari Selatan China menceraikan dan menyaman isteri beliau dengan alasan wajah isterinya yang hodoh. Punca utamanya ialah Jian Feng terkejut kerana rupa paras anaknya yang baru lahir terlalu hodoh dan tidak mempunyai iras beliau dan isteri mahupun ahli keluarga. Encik Feng pun mengamuk lalu menuduh isterinya curang. Menurut isterinya, beliau mengaku pernah menjalani pembedahan plastik dan menghabiskan £62,000 untuk mengubah mukanya. Semua itu berlaku sebelum beliau berjumpa dengan suaminya, Jian Feng. Jadi disebabkan Jian Feng rasa tertipu oleh keindahan wajah isterinya yang penuh dengan plastik maka Encik Feng pun memfailkan saman dan cerai terhadap isterinya.


*psssttt : Sebab tue lah dalam Islam, mengubah rupa bentuk diharamkan. Kalau tak macam-macam masalah timbul. Rupa paras boleh diubah dengan pembedahan plastik tapi DNA/Genetik tidak boleh diubah macam tue je jadi mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. 

**psssttt :Tak patut suami dia buat macam tue.



sumber

That's Me :)


Siapa pernah buat macam nie angkat kakiii..

Assasin Creed 3

         Game Assasin Creed 3 dari UBISOFT sudah keluar, kali ini dengan lebih grafik, lebih realistik dan yang penting lebih aksiiiiii. Assasin Creed 3 berkisarkan tentang Connor, seorang pahlawan atau satria dari kacukan Red Indian (mak dia) dan British (ayah dia) yang membantu Koloni Pemberontak untuk membentuk revolusi. Perjalan cerita Assasin Creed ini seperti biasa akan menghasilkan sejarah yang besar di mana korang sebagai Connor akan turut terlibat dari setiap aspek. Korang layan sendiri trailer dia kat bawah nie..laayaannggg...


Iron Man 3

Iron Man 3 sudah mau keluar. Check it out guys..Nie kena tengok kat pawagam nie, kalo tak menangis tak berlagu la jawabnya huhu..



Saturday, October 27, 2012

Rawatan Tulang Sumsum Mengubah Gadis 16 Tahun Kepada Lelaki Berjanggut.

Rawatan Tulang Sumsum mengubah gadis 16 tahun kepada lelaki berjanggut.






  Kita semua sedia maklum bahawa kehidupan remaja penuh dengan perubahan dari segi mental dan fizikal tapi bukan sesuatu yang saya akan tunjukkan sebentar lagi. Gadis 16 tahun dari negara China yang bernama Nana dari daerah Zhejiang telah menderita selama dua tahun akibat penyakit Aplastic Anemia, tetapi beliau sedang menjalani rawatan "potent drug therapy". Setiap rawatan yang melibatkan perubatan pasti ada kesan sampingan, salah satu kesan sampingan akibat dari rawatan ini ialah kadar penumbuhan yang abnormal pada muka dan badan Nana.

        Menurut akhbar Global Times, ibu bapa Nana telah membelanjakan 300,000 yuan ($47,800) untuk rawatan tulang sumsum tetapi kesan sampingan ubat itu telah membuatkan rupa paras dan fizikal Nana menjadi lebih teruk akibat pertumbuhan bulu. Sekarang ini Nana tidak dapat menjalani kehidupan yang normal, menurut ibu Nana setiap kali tiba waktu persekolahan Nana akan menangis dan beliau risau dan takut untuk ke sekolah disebabkan oleh tekanan persekitaran. Menurut doktor, Nana akan pulih dalam masa 3 tahun tetapi keluarga Nana tidak mempunyai wang yang cukup untuk meneruskan perbelanjaan perubatan.

      Walau bagaimanapun, keluarga Nana masih lagi mencuba pelbagai cara supaya Nana dapat menjalani kehidupannya seperti remaja normal yang lain. Ibu bapa mana lah yang sanggup tengok keadaan anak dia macam tue. 

sumber

Friday, October 26, 2012

Monyet Malaysia Seiras Dengan Albert Einstein??



         Menurut akhbar The Sun, Professor Mihail Nazarov telah menemui bayi monyet spesis Macaque yang seiras dengan Albert Einstein, genius yang telah mencipta teori relatif di Taman Negara Taiping. Walaupun monyet nie masih lagi bayi tetapi muka monyet nie nampak macam orang tua disebabkan oleh mukanya yang berkedut dan bulu rambut yang putih dan berserabut macam Albert Einstein. Sama atau tidak korang nilai la sendiri :).

sumber



PERKOSAAN VISUAL

PERHATIAN KEPADA SEMUA KAUM WANITA
(PERKOSAAN VISUAL)


Ketika kita masuk ke toilet, bilik mandi, bilik hotel, ruang ganti pakaian, dan lain-lain, seberapa besar anda yakin bahawa cermin yang tergantung di dinding dan kelihatannya seperti cermin biasa itu memang benar-benar cermin biasa, atau sebenarnya itu adalah cermin dua arah (orang di belakang cermin boleh melihat anda, sementara anda tidak dapat melihat mereka).

Banyak tempat di mana orang memasang cermin 2 arah di dalam ruang ganti pakaian wanita, namun tidak menutup kemungkinan juga di ruang ganti lelaki. Adalah sangat sulit untuk secara jelas mengindentifikasi permukaannya hanya dengan melihatnya saja. Saatnyalah kita untuk berhati-hati.

Jadi, bagaimana kita dapat menentukan dengan pasti apakah cermin tersebut adalah cermin biasa atau cermin 2 arah?. Kalau di bilik polis, iaitu di ruang soal siasat, sudah dapat dipastikan cerminnya 2 arah tapi untuk di Public Area do this thing :

LAKUKANLAH TEST SEDERHANA (TEST KUKU JARI)
Letakkan ujung kuku anda di atas permukaan cermin. Jika ada jarak (gap) antara kuku anda dan bayangan kuku anda di cermin, dapat dikatakan bahwa cermin itu adalah cermin biasa (selamat).Tetapi, jika kuku anda terus menyentuh bayangan kuku anda di cermin, hati-hatilah, kerana benda itu adalah cermin 2 arah ! Kerana itu ingatlah selalu, setiap kali anda melihat cermin di tempat-tempat umum seperti disebutkan di atas, lakukanlah "TEST KUKU JARI". Tidak perlu membayar. Mudah dilakukan, dan ini mungkin boleh menyelamatkan anda dari "PERKOSAAN VISUAL" !



Para wanita : Sila beri tahu teman-teman anda yang lain.
Para lelaki: Sila beri tahu isteri, anak perempuan atau teman wanita anda..

Thursday, October 25, 2012

Burung Cenderawasih

          Masa saya berumur 8 tahun dan masa itu saya tinggal di Kuaters Lembaga Air Perak (L.A.P) Parit Buntar, Perak. Saya ada ternampak satu burung yang sangat cantik hinggap di atas pokok. Sampai sekarang saya ingat lagi rupa burung itu dan saya pasti burung yang saya nampak bukan burung biasa. Sekarang ni dah 15 tahun berlalu, pada satu malam saya tiba-tiba teringat burung yang saya pernah nampak pada satu ketika dulu. Saya pun apa lagi, saya buat kajian melalui Google dan saya dah jumpa burung yang pernah menarik perhatian saya pada ketika dulu.

          Nama burung yang itu ialah burung Cenderawasih/Phoenix dan Kayangan. Burung ni ada lagenda dia yang tersendiri, cerita dia lebih kurang macam nie...


          AL-KISAH maka kata Sahibul Hikayat, adapun burung Cenderawasih itu burung kayangan dipelihara oleh dewa-dewa kayangan. Amatlah indah rupanya bulunya bekilauan bersinar benar tiada tolok bandingannya. Siapa-siapa tengok burung Cenderawasih rawanlah hatinya dan perasaannya tiada dapat terkira-kira lagi lakunya.

        Adapun asal kejadian burung Cenderawasih amat indah ceritanya. Kerananya tatkala Tuhan menjadikan seekor burung daripada Nur Muhammad duduk di atas Syajaratul Yaqin menilik akan rupa paras dirinya dihadapan Mir'atul Haya'. Maka tersangat hairanlah ia melihat keelokan dirinya lalu bersyukurlah ia ke hadrat Allah Ta'ala dengan mengucap Alhamdulillah rabbil'alamin. Maka burung nur Muhammad itu berpeluhlah ia oleh sangat hairannya akan keelokan rupanya. Lalu bertitikan peluhnya jadilah sekalian alam ini dan segala isinya serta segala pendeta-pendeta dan sekalian arif-arif.

        Maka apabila sempurnalah sekalian alam ini Tuhan pun lalu mengghaibkan burung Nur Muhammad itu. Hingga ghaiblah ia di dalam qindil mu'allaq. Setelah burung nur Muhammad itu ghaib maka tinggallah bayangannya sahaja seperti terbang keliling 'Arasy; ia berzikir dan berdoa.

        Syahdan, maka tersebutlah pula akan peluh yang antara dua pahanya bertitik di atas awan jadilah seekor burung cenderajinta ialah nur betina yang jadi ini roh cenderawasih maka peluh dagunya bertitik menjadi burung bratacandra bayu yang ditunggang oleh burung cenderawasih untuk terbang ke sana ke mari di atas kayangan. Maka akan peluh dadanya menjadi burung cenderakasih ialah yang menjadi inang pengasuh dan menghantarkan makanan. Adapun makanan-makanannya daripada bulatan awan dan embun jantan akan minumnya.

        Maka diceritakan orang adalah bulu burung cenderawasih yang hijau jatuh ke bumi menjadi batu zamrud dan fairuz, yang merah jatuh ke bumi menjadi batu delima dan jika jatuh ke laut menjadi marjan. Bulu yang putih menjadi intan berlian dab bulu yang hitam menjadi bau 'aiqiq' dan batu-batu permata yang lainnya.

        Adapun isi perutnya jatuh ke bumi menjadi belalang dewa bulan buat ubat berbagai-bagai penyakit manusia dan binatang. Ini dicampur ke dalam minyak kelapa hijau dan dibuat urut badan kita yang sakit. Belalang dewa boleh buat ubat perempuan lepas bersalin dan melawaskan haidh.

        Adapun bulunya jika dipakai di atas kepala kita dan dibawa pergi ke mana-mana jadi pengasih pelaris dan penunduk sekalian manusia. Isinya jika dimakan boleh sembuh penyakit-penyakit dalam badan. Otaknya jika dimakan jadi cerdik dan bijak berbicara. Bulu ekor yang panjang itu jika dibuat gelang dipakai pada lengen kanan jika laki-laki dan lengan kiri jika perempuan akan jadi hebat dan kuat badannya serta dikasihi orang.

        Maka siapa-siapa yang bertaruh burung cenderawasih dirumahnya amatlah bertuah orang itu seperti mendapat segunung emas, sepadang intan berlian dan selautan mutiara. Kuasanya bertambah, rezekinya murah hingga menjadi kaya raya dan dipandang mulia.

        Telah tersebut cerita seorang tentera Islam masuk ke dalam negeri Rom dan dia takut kena tangkap tentera kafir dan masuk penjara dia selama dua puluh tahun. Maka amatlah berdukacita kerana tidak dapat bersama anak isterinya. Pada suatu malam dia sedang duduk berfikir keadaannya dan anak isterinya, tiba-tiba datang seekor burung di atas pagar penjara dan membaca doa. Maka amatlah terperanjat tentera itu kerana seekor burung boleh baca doa dengan fasihnya.Maka dia pun turut baca doa itu beberapa kali hinggan hafaz olehnya,Kemudian dia beramal dengan doa burung itu tiga malam berturut-turut. Pada malam akhir sesudah beramal dengan doa burung itu dia pun tidak berapa lama kemudian ia tiba-tiba sedar berada di rumahnya, maka sukarialah keluarganya.








        

          Namun, semua itu hanyalah mitos yang dipetik dari kitab lama masyarakat Melayu. Sebenarnya Burung Cenderawasih ialah sejenis burung dalam keluarga Paradisaeidae susunan Passeriformes . Ia terdapat di kawasan Australia timur, Indonesia , New Guinea dan tenggara Australia . Ahli keluarga ini terkenal kerana bulu pelepahnya yang dimiliki oleh burung jantan kebanyakan spesies , yang digunakan bagi menarik burung betina ketika musim mengawan .


          Kebanyakan spesies turut mempunyai bulu pelepah yang amat panjang dan berambu menjulur dari ekor , sayap atau kepala . Sungguhpun memiliki jambul yang menyerlah , dari segi anatomi ia tergolong dalam burung berkicau primitif . Yang paling terkenal kerana bulu mereka adalah spesies genus Paradisaea , termasuk spesies jenis burung Cenderawasih Besar , Paradisaea apoda. Spesies ini digambarkan dari contoh yang dibawa balik ke Eropah dari ekspedisi perdagangan.


          Spesimen ini disediakan oleh pedagang tempatan dengan membuang kaki dan sayap mereka , yang mendorong kepada kepercayaan bahawa burung ini tidak pernah hinggap tetapi kekal terapung oleh bulu mereka . Ini memberikan nama Inggeris mereka "Burung syurga - birds of paradise" dan nama saintifik apoda - (tanpa kaki).

         Kebanyakan spesies memiliki upacara mengawan yang rumit , dengan spesies Paradisaea mempunyai sistem mengawan jenis Lek . Yang lain , seperti spesies Cicinnurus dan Parotia , mempunyai tarian mengawan yang khusus , dengan spesies menggayakan jambul dalam gaya tarian ballet tutu yang  mengkagumkan bagi burung kerana mempunyai persamaan dengan tarian hula dan limbo .



sumber : http://www.boyz-ed.com/2012/04/fakta-dan-kecantikan-burung.htmlhttp://www.boyz-ed.com/2012/04/fakta-dan-kecantikan-burung.html dan http://burungcantik.tripod.com/sejarah.htm 



Fakta Jemaah Haji Tahun Ini..


 (Gambar Hiasan)

HAJI 1433H....


    PADA TAHUN INI, bilangan jemaah yang datang dari luar negara mencapai 1,752,932. Yang 951,806 adalah Jemaah Lelaki dan 801,126 Jemaah Wanita. 1,621,982 orang tiba di Kerajaan Arab Saudi melalui udara. 113,020 oleh tanah dan 17,930 melalui laut .. Jemaah mewakili 189 bangsa dari seluruh dunia...

Hubungi Kami

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Jika anda ada sebarang pertanyaan atau untuk berkongsi cerita, gambar-gambar dan video menarik anda boleh emelkan kami gambar atau cerita anda di khaisparrowdotcom@gmail.com

Ataupun anda boleh isi borang di bawah dan admin akan nilai dan akan masukkan cerita anda diblog admin untuk tatapan umum.


Monday, October 8, 2012

About Me

Nama Saya Khairee dan saya dilahirkan di Perak. Saya suka menulis dan blogging merupakan salah satu minat saya. Saya masih lagi beajar di IPTA di Perak. Saya dilahirkan di Parit Buntar Perak pada 9 Mei 1989.