
Komodo Dragon adalah salah satu jenis haiwan yang akan memakan apa sahaja termasuk manusia dan yang menakutkan mereka akan makan mangsa mereka habis-habisan. Mereka akan tunggu masa yang sesuai dan bila mangsa menghampiri, biawak Komodo akan serang mangsa, mengoyak tekak dan tunggu hingga darah mangsa mengalir keluar. Antara sebab mangsa biawak Komodo adalah manusia, Komodo hanya makan sekali sebulan.

Lalat jenis ini adalah lalat penghisap darah. Menurut kes yang pernah direkodkan, lalat jenis ini membunuh suku juta manusia setiap tahun.

Selalunya jika haiwan cedera mereka selalunya akan lari atau sembunyi tetapi tidak bagi harimau bintang. Mereka akan melawan hingga ke titisan terakhir. Harimau Bintang akan membunuh dengan mengoyakkan tekak mangsa dan mengheret mangsa ke atas pokok.

Bisa ular kapak ini akan mengalir dalam pembuluh darah mangsa dan akan membuatkan mangsa mengalami pendarahan secara berterusan hingga mati.

Labah-labah ini merupakan labah-labah yang paling berbisa di dunia. Nama labah-labah ini pun "wandering" yang bermaksud menjelajah, jadi labah-labah jenis ini selalunya berada dimana-mana termasuk menyorok di dalam rumah, kereta dan tempat yang sunyi dan mudah untuk menyorok. Hati-hati.

Bisa sotong ini tidak boleh dibawa main-main. Kesan bisa ini akan membuatkan mangsa lumpuh dan tidak boleh bernafas. Jika rakan anda terkena bisa sotong ini pastikan anda tahu melakukan CPR.

Walaupun mereka ini haiwan herbivor tetapi mereka adalah haiwan yang agresif dan gigitan badak air agak menakutkan.

Buaya air masin merupakan haiwan yang paling merbahaya di dalam rantain makanan di habitatnya dan ia akan memakan apa sahaja. Buaya akan menggigit mangsa dan berpusing dan memukul mangsa hingga koyak.

Haiwan darat yang paling besar di dunia. Apabila haiwan ini mengamuk, pasti ada nyawa yang akan melayang.

Nyamuk merupakan haiwan yang paling merbahaya didunia. Kelebihannya yang mampu menyebarkan penyakit kepada hampir 700 juta manusia, telah menyebabkan kematian sebanyak 2 ke 3 juta setiap tahun.
0 comments:
Post a Comment